Nama saya Maleeva Anak Semadi, dilahirkan di Hospital Umum Sarawak pada 27.10.1985. Saya mempunyai enam orang adik beradik dan saya merupakan anak yang keempat. Pendidikan awal saya iaitu di peringkat rendah di Sekolah Rendah St. Martin Merdang, Kota Samarahan, Sarawak pada tahun 1992 sehingga 1997. Seterusnya, menyambung pelajaran peringkat menengah di SMK Muara Tuang, Kota Samarahan, Sarawak dari tahun 1998 sehingga 2002. Dengan keputusan SPM yang agak memuaskan, saya telah melanjutkan pelajaran di IPTA iaitu UITM kampus Samarahan kemasukan Julai 2003 dalam kursus pra perdagangan. Nasib tidak menyebelahi diri saya apabila saya hanya mampu melanjutkan pelajaran setakat semester pertama kemasukan November 2003 dalam peringkat diploma dalam pengajian Diploma Pentadbiran Awam.
Sementara menunggu mendapat perkerjaan yang tetap, saya telah bekerja sebagai Pembantu Guru Tadika di KEMAS Kampung Merdang Lumut, Kota Samarahan iaitu kampung halaman saya sendiri dengan bayaran sebanyak RM150 sebulan. Saya datang dari keluarga yang sederhana, kerana itulah saya berusaha mencari pekerjaan walau dengan gaji yang boleh dikatakan cukup makan. Berkat usaha dan doa, saya telah mendapat pekerjaan tetap di Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak pada tahun 2007 sehinggalah sekarang.
Saya telah bertemu jodoh dengan suami tercinta dan secara rasminya bergelar seorang isteri pada 29.05.2010. Setelah dua tahun menunggu, lahirlah puteri kami pada 18.02.2013 pada jam 3.18 petang yang diberi gelaran Violet Meghan yang diambil gabungan nama artis popular di Hollywood.
Cita-citaku menjadi seorang usahawan yang berjaya. Tiga bulan yang lepas, saya baru sahaja berjinak-jinak dalam bidang perniagaan menjual minyak wangi. Saya mendapat galakan untuk memulakan perniagaan dorongan suami tercinta dan kerana minat yang mendalam dalam bidang ini. Carian dari google, melahirkan idea saya untuk mencari duit tambahan untuk membantu keluarga.
Setakat ini pengenalan diri saya. Sebelum saya menutup bicara, biarlah saya mengakhiri dengan serangkap pantun.
Dalam rumah pakai selipar,
Setiap hariku lipat kain,
Saya budak baru belajar,
Salah dan silap sila tunjukkan,
πͺπͺπͺπππ
ReplyDelete