Pages

Thursday, 5 December 2013

Panduan Kraftangan (Home Made)

Dari kecil saya berminat dalam bidang kraftangan (Home Made) ketika saya berusia sepuluh tahun sehinggalah sekarang. Cuma pada ketika itu saya tidak serius  mempelajari dan sekadar sambil lewa dari ibu saya. Saya pernah belajar membuat benang kait alas meja, cross stich, membuat marek empang (perhiasan dipakai menutupi dada) berasaskan manik dan membuat Headband. Seterusnya, saya akan menyediakan panduan bagi kraftangan yang pernah saya pelajari untuk panduan sesiapa yang berminat.

Bab 1: Jenis-jenis kraftangan

1.1 Benang kait 

1.2 Cross Stich

1.3 Marek Empang

1.4 Headband


Bab 1.1.1 Benang Kait 

       Pelbagai kraftangan dapat dibuat melalui kaedah benang kait. Antaranya, membuat pelbagai barangan bayi seperti kasut, topi, karakter-karakter popular (tutorial internet), alas meja, baju, aksesori wanita dan sebagainya. Untuk pengetahuan umum, kualiti barangan kait bergantung kepada kualiti benang yang digunakan. Terdapat benang yang didatangi dari Indonesia, Thailand, Turki dan sebagainya. Contohnya, untuk mendapatkan benang Turki yang diterbangkan jauh dari negara asal boleh membuat tempahan dengan  http://ayzastudyo.com/.

       Untuk mempelajari hobi kreatif mengait benang ini, anda mesti mendalami ilmu mengait bukan sahaja dengan membeli buku, anda juga boleh melayari dengan menaip key word di google. Antara buku-buku mengait adalah dengan mengklik http://astore.amazon.com/mengaitcom.

       Antara gambar-gambar barangan yang diperbuat dengan menggunakan kaedah dan contoh benang kait adalah seperti berikut;


                                                           
             




No comments:

Post a Comment