Pages

Monday, 9 December 2013

Memilih Benang

Text : Maleeva Semadi

     Bagi yang pertama kali hendak belajar mengait kelengkapan yang pertama ialah pemilihan benang kait dan jarum kait. Alatan ini boleh didapati di kedai menjual alatan menjahit atau di kedai-kedai yang kebiasaannya turut menjual peralatan menjahit yang lain, peralatan untuk perkahwinan, barangan membuat headband dan banyak lagi.

     Entri kali ini, saya ingin membincangkan mengenai hal pemilihan benang kait. Benang kait yang dijual adalah mempunyai pelbagai pilihan warna dan juga jenama yang berbeza serta yang bersesuaian dengan produk yang hendak dihasilkan. Terdapat juga saiz benang yang kecil, sederhana dan juga besar saiznya. Setiap warna benang kait diwakili dengan nombor walaupun jenama yang berbeza. Jika pembaca ingin membeli benang hanya perlu mengingati nombornya sahaja dan tidak perlu membawa contoh benangnya. 

     Bagi yang tiada masa untuk ke kedai membeli benang, kita boleh membeli secara online seperti http://www.benangkait.com/, http://www.daknit.com/http://ayzastudyo.com/cara-membuat-belian/ dan sebagainya.

Foto : Google
Antara jenama benang kait yang biasa digunakan masa dulu-dulu ialah Nona, Minlon, Sakura dan Kucing yang masih ada dijual lagi di mana-mana kedai alat menjahit. Malah pelbagai jenama benang turut dijual dari serata pelusuk negara seperti Turki, Itali, Eropah dan lain-lain lagi misalnya, http://ayzastudyo.com dan http://www.daknit.com/.
Foto : Google
Foto :Google



Setakat ini sahaja perkongsian memilih benang. Semoga berjumpa lagi.

No comments:

Post a Comment