Untuk belajar mengait, anda mesti tahu cara memegang benang dan jarum kait mengikut keselesaan kerana sesetengah orang menggunakan tangan kiri. Saya pula mestilah menggunakan tangan kanan. Saya lebih suka menggunakan benang saiz kecil kerana nampak lebih kemas dengan benang yang kecil berbanding benang saiz besar.
Berikut merupakan asas mengait seperti dalam gambar;
Bagi yang menggunakan tangan kiri |
Bagi yang menggunakan tangan kanan |
Untuk melihat dengan lebih jelas lagi sila klik link berikut;
Membuat Rantai
Rantai atau taliair (chain) adalah asas kepada kaitan. Untuk membuat apa-apa bentuk kaitan sekali pun anda perlu tahu membuat rantai. Sebelum membuat rantai, terlebih dahulu gelung perlu dibentuk kerana gelung merupakan asas kepada rantai.
Foto : Google |
Untuk membuat gelung, pegang benang lebih kurang 3 inci dari hujungnya.
Foto : Google |
Buatkan satu gelung dengan menggunakan jari telunjuk anda.
Foto : Google |
Tarik keluar satu gelung dari benang yang bersambung dengan tongkol benang. tarik hingga ketat.
Foto : Google |
Tarik benang yang ditegangkan oleh tangan anda melalui gegelung tadi untuk membentuk satu rantai. Anda boleh berlatih membuat rantai ini seberapa banyak yang anda mahu hingga anda mahir memegang jarum dan benang.
Cara Membentuk Rantai Menjadi Gelung
Foto : Google |
Buat 5 Rantai kemudian dan sambungkan rantai terakhir kerantai pertama dan tarik benang yang teregang melaluinya. Berhati-hati agar kedudukan rantai tetap dan tidak berbelit.Tarik dan ketatkan.
Foto : Google |
Masukkan jarum kedalam gelung yang telah terbentuk dan tarik benang yang teregang melaluinya.
Foto : Google |
Tarik lagi benang yang teregang melalui kedua-dua gelung yang ada pada jarum anda. ketatkan. Ulang langkah 1-3 sebanyak 8 kali.
No comments:
Post a Comment