Pages

Monday 2 December 2013

Coret-coret pagi ini

     Hari ini saya masuk ke pejabat macam biasa. Pejabatku yang boleh dikatakan tidak jauh dari rumah dalam 10 kilometer, terletak di Petra Jaya, Jalan Tun Abdul Rahman Ya'akub. Menara Pelita, di situlah saya bekerja di mana terdapat empat jabatan kerajaan di dalam bangunan yang sama tetapi berlainan tingkat. Tingkat 7, Seksyen Kewangan,  Ibu Pejabat Jabatan Perbendaharaan Negeri Sarawak, tempatku mencari rezeki, betapa setianya saya dengan Jabatan Perbendaharaan.

       Di Seksyen Kewangan, terdapat dua unit iaitu Unit Hasil dan Unit Dana. Saya bekerja di Unit Hasil dan baru dipindahkan pada April tahun lepas. Sebelum di Unit Dana, saya bekerja di Seksyen Gaji di mana pasukan kami menguruskan keseluruhan hal gaji kakitangan awam negeri Sarawak. Manakala di Unit Hasil saya menguruskan hal kutipan hasil negeri Sarawak seperti cukai hiburan, cukai kelapa sawit dan sebagainya. Di Unit Hasil inilah saya baru menimba pengetahuan baru bahawa kutipan cukai negeri Sarawak adalah terbanyak di Malaysia. 

     Untuk pengetahuan umum, cukai sawit dikira setiap tiga bulan, bermakna setahun ada empat bayaran yang akan dikutip kami dari syarikat-syarikat sawit yang berdaftar dengan Akauntan Negeri Sarawak selaku Pegawai Pengawal. Dengan jumlah kakitangan yang seramai lapan orang di Unit Hasil termasuk Penolong Akauntan Negeri Kewangan selaku ketua seksyen kami, beliau begitu tegas dan teliti. 

       Cukup setakat coret hari ini. Bertemu lagi episod seterusnya. 

No comments:

Post a Comment