Pages

Wednesday 4 December 2013

Tengah hari yang sunyi sepi

        Suasana sepi di dalam pejabat pada ketika ini, semua kawan-kawan tengah merehatkan diri. Diriku pula mengambil kesempatan ini mencoretkan serba sedikit dalam blogku ini. Dengan penghawa dingin dan kipas di tempat duduk menyebabkan mata terasa ingin terlelap sekejap. 

     Jam sudah menunjukkan pukul 1.34 tengah hari. Cepat sungguh masa berlalu. Begitu juga bulan Disember yang semakin ke penghujung tahun 2013. Tinggal dua puluh tujuh hari lagi maka menjelanglah tahun baru 2014. Bagi yang menyambut perayaan Krismas semestinya sudah merasai bahang perayaan tersebut dengan perhiasaan pokok Krismas dan perhiasan lain. 

         Sekarang nak rancang buat headband untuk perayaan Krismas. Untuk melihat hasilnya nanti, silalah lihat di entri panduan kraftangan headband saya.


No comments:

Post a Comment