Pages

Monday 9 December 2013

Langkah Permulaan Untuk Mengait

Text : Maleeva Semadi

Berikut merupakan Langkah Permulaan dalam mengait;


Langkah yang kedua dalam permulaan mengait ialah memilih jarum kait yang bersesuaian. Untuk pengetahuan semua, jarum kait dikategorikan dengan saiz bernombor. Contoh di bawah adalah di antara koleksi jarum kait dan terdapat di dalam pelbagai bentuk yang direka atas keselesaan kita.

Jadual di bawah menunjukkan saiz jarum dalam mm yang ada dijual;


Saiz dalam Millimeter
.75 mm
.85 mm
1.0 mm
1.1 mm
1.3 mm
1.4 mm
1.5 mm
1.65 mm
1.8 mm
1.9 mm
2.0 mm
2.1 mm
2.25 mm
2.75 mm
3.25 mm
3.5 mm


Jarum kait jenis besi seperti gambar di bawah adalah jarum yang biasa saya guna masa mula-mula belajar mengait kerana jarum ini mudah di dapati di mana-mana kedai yang menjual peralatan menjahit dan juga ianya murah.
Foto : Google
Jarum jenis besi - boleh di dapati dengan mudah dan murah di kedai yang menjual alatan menjahit iaitu sebatang berharga dalam RM0.50 - RM0.70, tetapi bagi kami yang di Kuching, Sarawak sebatang dalam harga RM1.40.

Jika mahu yang lebih selesa seperti pemegangnya bersalut plastik atau yang lembut, biasanya perlu dibeli dari negara seperti Jepun dan lain-lain lagi yang popular dengan bidang mengait ini dan mungkin ada juga dijual di mana-mana kedai yang ada stok jarum jenis ini.


Foto : Google

Jarum kait jenis ini selesa digunakan kerana pemegangnya diperbuat daripada pelapik lembut dan mahal sedikit dari jenis jarum aluminium dengan anggaran harga sebatang RM23.00. Ada juga jarum kait yang diperbuat daripada buluh (bamboo) turut dijual. Untuk melihat jenis-jenis jarum kait, boleh cuba melihat di laman web www.benangkait.com.
Foto : Google
Jarum (hook) yang diperbuat daripada bamboo adalah ringan dan mudah untuk mengait.  Pemilihan jarum juga perlu diselaraskan dengan penggunaan benang yang kita mahu gunakan. Jika kita mahu mengait dari benang yang kecil, maka saiz benang yang kecil perlu dipilih dan juga sebaliknya. Selain itu jarum kait yang perlu dibeli bagi permulaan adalah jenis saiz besar supaya mudah melihat hasil kaitannya. Selamat membeli jarum kait yang bersesuaian dengan diri & projek yang bakal dihasilkan. 

No comments:

Post a Comment