Pages

Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts
Showing posts with label Catatan Pengalaman. Show all posts

Sunday, 8 December 2013

Kenangan Diriku Sewaktu Di Negara Jepun



Text : Maleeva Semadi



        Jepun atau dikenali sebagai matahari terbit. Seperti yang kita sedia maklum, matahari akan terbit dari timur. Oleh kerana itu, Jepun diberi gelaran negara matahari terbit sinonim dengan kedudukan negara tersebut di bahagian timur. Sewaktu kami dibawa melawat di sekitar bandaraya Yokohama tersebut oleh pemandu pelancong yang dari Singapura Encik Ah Kit, beliau pandai bertutur bahasa ibunda negara Jepun kerana isteri beliau penduduk tetap negara tersebut. Kami diberi penerangan serba sedikit tentang budaya penduduk di sana yang mempunyai disiplin yang tinggi.

     Jepun dikenali di mata dunia sebagai negara yang maju dalam bidang teknologi. Meskipun begitu, mereka berpegang teguh dengan budaya dan adat resam nenek moyang mereka. Kerana mereka menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa rasmi, berlaku sedikit masalah apabila berkomunikasi dengan mereka. Yang pasti bahasa isyarat menjadi cara penyampaian   Saya kagum dengan rakyat di sana kerana mereka menghormati pendatang asing jika dibandingkan dengan negara kita sendiri. Cara penerimaan mereka menyebabkan rasa diri dihargai dan dihormati. Dengan bandaraya yang gah dengan bangunan yang dibina konkrit, rasa bertuah kerana dapat ke negara tersebut. Sepanjang konvensyen ICQCC di sana, banyak negara  di rantau asia tenggara yang menyertai pertandingan ini. Kami saling bertukar-tukar pendapat dan berkongsi ilmu mengenai projek yang kami pertandingkan.

        Kumpulan kami di antara peserta dari Malaysia yang bertuah telah mendapat Anugerah Cermelang dalam pertandingan tersebut. Konvensyen berakhir dengan majlis penutupan yang dengan persembahan dari setiap negara dan yang istemewanya kami memakai pakaian tradisional mewakili negara masing-masing. Serba warna warni peserta dari Malaysia diikuti kami yang memakai baju berbilang kaum masyarakat di bumi kenyalang.  


 
  

Foto : Simpanan Peribadi

     Hari berikutnya, kami telah diberi peluang melawat bandaraya Yokohama, Tokyo dan semestinya ke Disney Land.


Foto : Simpanan Peribadi

     Perkara yang tidak disangka terjadi sewaktu kami di Airport Narita, dengan kawalan yang ketat di balai berlepas saya telah ditahan pegawai kastam di sana kerana sewaktu imbasan barang,di dalam bag saya didapati terdapat benda tajam. Selepas penjelasan diberikan kepada pegawai kastam di sana, barangan tersebut merupakan pakaian tradisional saya barulah mereka percaya dan melepaskan saya. Perasaan takut  meyelubungi pada ketika itu, sudah terbayang negaraku Malaysia. Apa akan terjadi andai kata diriku ditahan di negara itu? Pengalaman tersebut mengajar diri saya untuk menyimpan barang di dalam kargo. Tetapi apakan daya barang melebihi berat yang sepatutnya. Walau bagaimanapun, itu tidak akan mematahkan hatiku jika diberikan peluang lagi untuk pergi ke negara matahari terbit bersama keluarga tercinta. 


Tuesday, 3 December 2013

Kunjungan ke Yokohama, Jepun

          
Hotel tempat kami menginap 5 hari 4 malam
Serba sedikit perkongsian kali pertama saya ke luar negara iaitu ke Yokohama, Jepun pada tahun Oktober 2011. Kunjungan kami sekumpulan bertujuan menghadiri pertandingan ICQCC peringkat antarabangsa. Kumpulan kami terpilih setelah berjaya dari peringkat negeri dan seterusnya layak ke peringkat antarabangsa. Perasaan gembira kerana dapat menjejak kaki ke luar negara ditambah lagi kos tambang dan penginapan ditanggung kerajaan Sarawak. Rasa sungguh bertuah kerana kami antara yang terpilih mewakili Malaysia. Sedikit coretan gambar untuk tatapan;

Peserta dari Malaysia baru tiba di Lapangan Terbang Narita, Japan
Kawan seperjuangan dari Sarawak

Bas yang digunakan dari Lapangan Terbang Narita ke Hotel Yokohama, Japan