Pages

Wednesday 11 December 2013

Malang Tidak Berbau

Text : Maleeva Semadi

Masihku teringat kejadian malam tadi. Balik dari rumah keluarga di kampung, tanpa disangka dalam kejadian hujan renyai, dengan tidak sengajanya saya telah melanggar sebuah kereta import. Kecuaianku mengajarku untuk berhati-hati di jalan raya. Semenjak saya pandai memandu dan telah membeli kereta tempatan, sehingga sebelum kejadian kelmarin saya tidak pernah melanggar kereta atau orang. Apalah nasib saya malam tadi, malang tidak berbau. Terima kasih juga kepada pemilik kenderaan semalam, dengan baik hati dan murah hati beliau melepaskan saya pergi. Kereta kami berdua tidak remuk. Kereta Cik Puan ada tercalar di bahagian belakang. Syukurlah, saya pikirkan saya telah meremukkan kereta kakak itu kerana merasakan hentakan dan bunyi yang kuat. Beliau tidak marah jika dibandingkan sesetengah orang yang jika mengalami situasi tersebut mesti dah memaki hamun. Tetapi beliau dengan suara yang lembut, melepaskan saya pergi. Terima kasih banyak-banyak kakak. Dengan perasaan yang sebal dan kesal bercampur debaran menyebabkan saya fobia sekejap.

Pengalaman tersebut mengajar saya supaya berhati-hatilah semasa memandu. Ingatlah orang yang tersayang. Jadikanlah kejadian saya sebagai pedoman pemandu jalan raya yang lain. Kerana yang menggunakan bukan seorang dan bukan pengangkutan kereta sahaja, tetapi banyak lagi termasuk pejalan kaki, penunggang motosikal dan sebagainya. Sekian.


No comments:

Post a Comment