Pages

Monday 9 December 2013

Cara Memegang, Membuat Rantai dan Gelung

Text : Maleeva Semadi

Untuk belajar mengait, anda mesti tahu cara memegang benang dan jarum kait mengikut keselesaan kerana sesetengah orang menggunakan tangan kiri. Saya pula mestilah menggunakan tangan kanan. Saya lebih suka menggunakan benang saiz kecil kerana nampak lebih kemas dengan benang yang kecil berbanding benang saiz besar.

Berikut merupakan asas mengait seperti dalam gambar;

Bagi yang menggunakan tangan kiri


Bagi yang menggunakan tangan kanan


Membuat Rantai

Rantai atau taliair (chain) adalah asas kepada kaitan. Untuk membuat apa-apa bentuk kaitan sekali pun anda perlu tahu membuat rantai. Sebelum membuat rantai, terlebih dahulu gelung perlu dibentuk kerana gelung merupakan asas kepada rantai.
Foto : Google
Untuk membuat gelung, pegang benang lebih kurang 3 inci dari hujungnya.
Foto : Google
 Buatkan satu gelung dengan menggunakan jari telunjuk anda.
Foto : Google
Tarik keluar satu gelung dari benang yang bersambung dengan tongkol benang. tarik hingga ketat.


Foto : Google
Tarik benang yang ditegangkan oleh tangan anda melalui gegelung tadi untuk membentuk satu rantai. Anda boleh berlatih membuat rantai ini seberapa banyak yang anda mahu hingga anda mahir memegang jarum dan benang.

Cara Membentuk Rantai Menjadi Gelung

Foto : Google
Buat 5 Rantai kemudian dan sambungkan rantai terakhir kerantai pertama dan tarik benang yang teregang melaluinya. Berhati-hati agar kedudukan rantai tetap dan tidak berbelit.Tarik dan ketatkan.
Foto : Google
Masukkan jarum kedalam gelung yang telah terbentuk dan tarik benang yang teregang melaluinya.
Foto : Google
Tarik lagi benang yang teregang melalui kedua-dua gelung yang ada pada jarum anda. ketatkan. Ulang langkah 1-3 sebanyak 8 kali.










No comments:

Post a Comment